PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini melepas dan membebaskan 14 individu termasuk dua adik kepada ahli perniagaan Nicky Liow Soon Hee atas pertuduhan terbabit dalam kumpulan jenayah terancang yang dikenali sebagai 'Geng Nicky', lima tahun lepas.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Kamaludin Md Said sebulat suara membebaskan mereka selepas peguam Datuk Rajpal Singh yang mewakili 13 individu berkenaan memaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara (AGC) telah menerima representasi kesemua perayu supaya dibebas sepenuhnya daripada pertuduhan berkenaan.
"Ini adalah keputusan sebulat suara, perintah Mahkamah Tinggi melepas tanpa membebaskan diketepikan. Dengan ini kesemua perayu dilepas dan dibebaskan," kata Hakim Kamaludin yang bersidang bersama-sama Hakim-hakim Datuk Nordin Hassan dan Datuk Hashim Hamzah.
Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Dusuki Mokhtar mengesahkan representasi kesemua perayu telah diterima dan dipertimbangkan oleh AGC. Seorang lagi perayu diwakili peguam Jasmine Cheong.
Seramai 14 individu itu termasuk empat warganegara China, merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 30 Sept 2021, yang melepas tanpa membebaskan mereka daripada pertuduhan itu.
Hakim Datuk Abd Halim Aman membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan memohon agar kesemua tertuduh dilepas tanpa dibebaskan, kerana pendakwaan berhasrat untuk meneruskan pertuduhan ke atas kesemua tertuduh pada masa akan datang.
Dua tertuduh yang merupakan adik Nicky adalah Datuk Liow Wei Kin dan Datuk Liow Wei Loon, manakala tertuduh lain ialah Lee Han Keat, Lee Kam Onn, Datuk Lee Kum Weng, Eee Eng Chee, Dr Jovian Joris Tan Chern Chian, Datuk Loo Siew Chin, Lim Kang Li, Datuk Seri Andrew Lim Kim Ming serta empat warga China Huang Lei, Wang Yu Jun, Gu Xing Qiong serta Jiang Xue, yang berusia awal 20an hingga 56 tahun.
Mengikut pertuduhan, 13 tertuduh didakwa menjadi ahli kumpulan jenayah terancang 'Geng Nicky' di kawasan SetiaWalk, Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong, di sini antara 1 Jan 2017 dan 20 Mac 2021.
Mereka dituduh mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Kim Ming didakwa membantu kumpulan jenayah sama di kawasan SetiaWalk, Persiaran Wawasan, Pusat Bandar Puchong, di sini antara 1 Jan 2017 dan 29 Mac 2021, mengikut Seksyen 130W Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 07 2022
Mahkamah Rayuan hari ini melepas dan membebaskan 14 individu termasuk dua adik kepada ahli perniagaan Nicky Liow Soon Hee atas pertuduhan terbabit dalam kumpulan jenayah terancang yang. - Gambar fail
Provinsi Hainan, 'Hawaii China' yang tidak pernah tidur
Keunikan seni bina warisan serta khazanah sejarahnya dari Tembok Besar China, monumen Tiananmen mahupun Kota Larangan membuatkan pelancong seluruh dunia berpusu-pusu datang.
Angka korban rakyat Palestin di Gaza hampiri 35,400 orang
Sekurang-kurangnya 35,386 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt tahun lepas, kata Kementerian Kesihatan di wilayah yang terkepung itu pada Sabtu.
Dua wanita Vietnam cedera cuba lari pemeriksaan imigresen
Insiden itu berlaku di sebuah pusat hiburan iaitu daripada keseluruhan 12 premis yang diperiksa semasa operasi dijalankan JIMNS di sekitar Seremban dan Tampin.
PM Anwar saksikan pertukaran enam MoU antara Malaysia dan Uzbekistan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaksikan pertukaran enam MoU antara Malaysia dan Uzbekistan di sini pada Sabtu, untuk kerjasama dalam pelbagai bidang antara kedua-dua negara.
Tahap keselamatan balai, tempat kunjungan ramai perlu ditingkatkan - Lee Lam Thye
Tahap keselamatan di semua balai polis dan tempat-tempat yang sering dikunjung ramai perlu ditingkatkan segera.
Kontraktor, operator menara telekomunikasi perlu jalin kerjasama - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil meminta kontraktor dan operator menara telekomunikasi supaya sentiasa berhubung dan bekerjasama bagi memastikan segala permasalahan dapat ditangani segera.
Lee Zii Jia melangkah ke akhir Terbuka Thailand
Lee Zii Jia layak ke perlawanan akhir Terbuka Thailand dengan menewaskan pemain pilihan kelapan kejohanan dari Taiwan Chou Tien Chen.
10 Berita Pilihan - (18 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram tiada kaitan kumpulan pengganas - KPN
Polis mengenal pasti suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram semalam tiada kaitan dengan kumpulan pengganas.
Filem aksi 'The Experts' angkat tema kekeluargaan
Unsur kekeluargaan menjadi taruhan filem aksi bertemakan rompakan "The Experts" bagi membezakannya daripada filem bergenre sama yang pernah dibawa ke layar perak sebelum ini.
Permohonan habeas corpus dua pegawai SPRM didakwa terlibat Geng Nicky didengar 24 Mei
Kedua-dua pemohon itu diwakili peguam Latheefa Koya manakala Peguam Kanan Persekutuan Muhammad Sinti bertindak bagi pihak semua responden.
Geng Nicky: SPRM sahkan dua pegawai ditahan
"Saya tidak akan berkompromi dalam hal ini malah akan menyerahkan lagi mana-mana pegawai suruhanjaya sekiranya ada yang terlibat." - Azam Baki
Interpol keluar notis merah buru Datuk Seri Nicky
Pengeluaran notis itu susulan permohonan yang dibuat polis Malaysia sebelum ini, bagi mengesan dan menangkap ahli perniagaan itu.
Pegawai kanan polis terlibat dalam Geng Nicky sudah ditahan - Ayob Khan
Ketua Polis Johor sahkan akan ada tangkapan susulan lagi berkaitan Geng Nicky.
Anggota polis langgar kesalahan akan disiasat seperti biasa - Hamzah
Selain itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata terdapat prosedur-prosedur tertentu yang perlu dijalankan jika kesalahan itu di bawah Akta Polis.
Nicky Liow masih dalam negara - KPN
Polis percaya Nicky masih berada di dalam Malaysia dan pasukan khas terus gigih untuk menilai apa juga maklumat yang dikongsikan orang ramai.
Kes Nicky: Kalau saya tangkap, saya pastikan dia didakwa dan disabit bersalah - Ayob Khan
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan yakin dalam sedikit masa lagi, kepala sindiket Geng Nicky akan ditangkap dan tidak akan terlepas daripada hukuman.
Gambar ahli kumpulan Geng Nicky diedar di pintu sempadan negara
Polis telah mengedarkan gambar ahli kumpulan 'Geng Nicky' kepada petugas di sepanjang pos kawalan sempadan negara bagi memastikan ahli kumpulan jenayah terancang itu tidak melarikan diri.
Polis mohon bantuan Interpol jejaki Datuk Seri Nicky Liow
Pihaknya juga tidak menolak kemungkinan Nicky Liow sedang mencuba untuk menyelusup keluar dari negara ini bagi melarikan diri.
"Anak buah sendiri pengkhianat" - KPN dedah 34 anggota penguat kuasa sekongkol dengan Geng Nicky
Beliau enggan mendedahkan agensi yang terlibat namun mengesahkan ada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut sama bersekongkol dengan sindiket berkenaan.